RM15,000.00 in 5 days!!!

0 alu perlu kritikan
Bismillahirahmanirahim..alhumdulillah,selamat sampai ke thailand..tanpa melalui MITOS yang sering diperkatakan oleh ramai orang.Sehari suntuk cube menyelami jiwa rakyat Pattani..sesi perbincngan dengan Student Fedaration Of Thailand yang telah memberi seribu kefahaman kepada aku..bertapa JIJIK nya mereka dengan tentera..bagai PALESTIN di ASIA,2,3 lokasi berdarah yang dibawa oleh fauzan telah membuka mata kita seluas nya..kenapa perlu menyumbang..Moga esok,Pertemuan ke 2 dengan Mahasiswa dan penghulu kampung akan memberi ruang kepuasan kepada aku

"Kita Tidak layak untuk KAYA!!"
sepanjang 11 hari aku dan beberapa exco,ajk ziarah bertungkus lumus mencari dana,sumbangan..lebih2 lagi dari Poket Pelajar Insaniah.11 hari,kutipan yang berjaya hanya rm 3,000..bermaksud masih ada lebih 4,000 pelajar Insaniah (78%)tidak menderma!!! membuktikan kita akan sentiasa TIDAK LAYAK untuk senang,,kerana kita susah untuk memberi PELUANG kepada orang lain untuk senang..

sahabat2 yang dihormati allah..Pernah saya menyatakan definasi Mahasiswa..kelompok pemuda/i yang sentiasa berada di posisi membantu dan Check N balance dalam segala aspek..maka sumbangan yg cube kita salurkan kali ini adalah satu sumbangan ANTARABANGSA yang perlu kita sedar keperluan dan kepentingan nya...

maka saya harapkan agar semua sahabat-sahabt mampu memberi kan bantuan dan sokongan..RM15,000 dalam masa 5 hari ini tercapai insyallah..bukan untuk saya,bukan untuk MPM tetapi untuk saudara2 kita yang tertindas dan dikhianati di selatan THAI...
Terima kasih

Membina kesatuan “Fikrah”,mahasiswa INSANIAH

0 alu perlu kritikan


Bismillahirahman nir Rahim,Assalamualaikum W.B.T

Cukup lama ana x menjenguk laman blog sendiri,x sangka ramai yang memohon respon keadaan semasa di kampus Insaniah,Pertama nya masih belum terlambat untuk ana ucapkan “selamat mengharugi Ramadhan Karem” dan rebutlah peluang yang masih ada..hanya Berbaki 28 hari lagi Ramdhan..2 Hari telah berlalu,entah apa yang kita isi didalam ramadhan pertama dan ke2..

Sedikit perkongsian,Sebenar nya Ramdhan ini Allah berikan 1 bulan dari 12 bulan ada hikmah sebalik nya..Ramadhan merupakan Bulan “ReCharge” ruhiah kita untuk 11 bulan kedepan sebelum menempuhi ramadhan yang satu lagi.(jika masih ada di dunia),sebab itu lah Allah gandakan dari 1 ke beberapa darjat ibadah kita..bertapa hebat nya ramadhan.Juga Ia mendidik sikap dan keperibadian kita.sebagai contoh..Jika pada tengahari bulan ramadhan kita mandi di dalam bilik air,dan sewaktu kita mandi ada air yang TERmasuk ke dalam mulut kita,pada waktu yang sama x da orang yang Nampak dan tahu kita buat(melainkan jika kita mandi di khalayak ramai) dan kita boleh telan air tu jika kita nak,Sbb nya TER,nak bercakap soal rezeki air itu dah berada dalam mulut kita..tetapi jika dia meludah air itu keluar dan mengangap itu bukan rezki nya walaupun tiada orang yang akan tahu walaupun dia minum air itu.dan percaya lah..perkara itu akan menterjemahkan dia yang 11 bulan akan datang..Kalau lah pada bulan2 berikut nya ada orang menghulur “ Rasuah” dia akan tolak mentah2 kerana dia faham,dan ramadhan telah mendidik dia.dan Jika dia telan air dalam mulut nya atas lfactor TER dan DAH REZKI AKU maka ia akan mewarnai beberapa bulan yang akan datang..erm..mungkin agak sulit untuk memahami tertapi inilah hakikat sebenar nya RAMADHAN KAREM

Beberapa minggu yang lepas,di dalam Minggu penghayatan ISLAM,anjuran MPM.satu slot oleh pesta buku iaitu pelancaran buku novel mahasiswa insaniah sendiri,Sewaktu ucapan ana,secara tidak rasmi pihak MPMKUIN telah melancarkan “kita Bersaudara”Program Ziarah Ramadhan ke selatan pattani..di mana kita menggunakan satu method yang cukup mudah..setiap pelajar Insaniah hanya perlu menderma rm5 seorang dan ia mampu memberikan sinar gembira kepada saudara kita yang telah dianiaya di selatan patan,bayangkan jika hanya 5ooo pelajar insaniah menyumbang..Kita mampu membawa rm25,000.00 ke selatan pattani hanya dari poket mahasiswa insaniah..Mungkin telah dirancang oleh allah s.w.t ,kertas kerja hanya disediakan dalam 2 hari dan hanya 1 sesi perbincgn dbuat..dengan mudah kertas kerja diluluskan oleh HEP..Alhamdulillah..satu gambaran,laluan Mudah untuk projek ni..insyallah..dan sememang prog ini amat bergantung kepada sokongan semua warga insaniah untuk terus menderma kearah yang baik..insyallah.

Seingat saya pada 3 ogos.Ana telah berucap didalam majlis pelancaran GAMIM(gabungan Mahasiswa IPTIM Semalaysia) di Kisdar,perak..diselangi dengan perbincngan bersama dengan pimpinan kampus keesokan hari nya..dan satu alamat mudah yang menunjukan mahasiswa Islam IPTIM telah menunjukan satu perubahan yang baik dan telah memberikan harapan kepada peranan GAMIM.Dan ana rasa cukup terpanggil untuk merancang bersama semua sahabat-sahabat pimpinan untuk menganjurkan satu program dibawah GAMIM iaitau “Kovensyen Mahasiswa islam Se Malaysia” sebagai satu Imej dan Sumbangan Awal GAMIM dalam menyuntik semangat dan DOS-DOS positif dalam kelenjar tenaga semua mahasiswa ISLAM..INSYALLAH

MEMBINA MAHASISWA INSANIAH BERANI..2 bulan kebelakangan ini ramai melihat MPM agak cenderung kearah memberi ruang kepada semua mahasiswa dan mahasiswi member pandangan,bercakap berkenaan isu-isu semasa..dengan penubuhan Speaker Corner(sudut pidato),let discuss dan sebagai nya tidak lain tidak bukan untuk membuka mata dan minda semua diantara kita..

Dibawah portfolio Presiden MPM,satu jawatan kuasa telah dibina..iaitu Majlis Mesyuarat Presiden yang mengumpul kan semua pimpinan pelajar diperingkat kampus insaniah untuk bersama2 mendukung dasar2 yang dibawa,dan menjadi pendegar setia kepada masalah2 kelab dan persatuan juga membina jambatan ikatan antara pimpinan.

Hanya Beberpa minggu berbaki untuk MPM sesi ini,dan saya yakin ramai yang masih belum berpuas hati dengan apa yang dibawa,tetapi yakinlah sahabat sekalian..INSANIAH kearah Status Universiti penuh.dan kita akan menghadapi banyak lagi cabaran,ancaman dan halangan dari semasa ke semasa dan perkara ini akan menjadi lebih bermasalah jika diantara kita masih lagi ada penyakit HATI dan membesarkan perkara yang remeh.

Justeru saya menyeru kepada semua mahasiswa untuk bersama2 dengan Moto yang dibawa agar kita dapat memberikan sedikit sumbangan kepada insaniah dan kedah Insyallah.ayuh sma2 kita buktikan dalam program Jom Derma!!!

HIDUP MAHASISWA!!!!

Apa bezanya belajar di UKM atau KUIN...??

0 alu perlu kritikan
sila klik

http://presidenmpmkuin.blogspot.com/2010/05/apa-bezanya-belajar-di-ukm-atau-kuin.html

Mak....

0 alu perlu kritikan




Bismillahirahman nirahim..
Syukur kehadrat ilahi kerana masih beri peluang untuk ana update blog SDN. BHD. ni..
jadi kawan..bulan mei ni memang mcm2 yang ana nak konsgi bersama2 sahabat..
7,8,9,10,11 Mei 2010 :
Kem Motivasi dan Kepimpinan Pelajar,
KMKP!!! Intelektual!Berkarisma!Yakin!Boleh!!
he2,ini merupakan slogan yang best kami buat dengan adik2 di melaka,program yang dianjurkan di KUIM,dengan penganjuran MPM dan kerjasama Anak2 melaka KUIN yang telah ditaja penuh oleh Kerjaan negeri melaka..
Prog.ni di hadiri oleh 6 buah sekolah kebangsaan di melaka,so..ragam mmg macam2 la..ada yang ok,ada yang biasa,ada yang luar biasa dan tiada yang K.O...sebab mereka masih mampu dibentuk..
Cabaran cukup besar bagi para fc untuk membentuk dan membantu adik2 ni,coz ada diantara mereka yang keras kepala..ttp bila satu gimik "ganas" telah dilancarkan...satu respon yang amat mengejutkan..sampai ana sendiri nangis depan adik2 coz ada adik2 pujuk jgn balik..he2,alhamdulillah..seterusnya hingga tamat prog..kita berjaga ikat hati adik2 untuk bersama2 dengan kami ..
Dan yang paling best bagi feci dan urusetia adalah pada hari ahad malam,dan isnin..sedikit saguhati kepada adhoc..kerajaan melaka taja more than 2.9k untuk bawak adhoc berjalan2..diantara nya menara taming sari,river cruise,bandar hilir,muzium,masjid selat dan paling best adalah ikan bakar kat serkam pantai,umbai..ingatkan bebudak kedah je xcited,rupa2 nya yang anak2 melaka pun xcited..termasuk la kita..he2
ini lah diantara adik2 KMKP!!!yeh..moga adik2 semua jadi anak soleh!!!
SAYANG MAK: 11 mei: Jam 11 pm saya sampai dirumah,bawa irsyad dan afwan untuk teman dan bantu nak bawak van ke kedah..dengan cara kita yang kelam kabut kejar masa..x sangka mak terasa hati..waktu kawan tgh rehat,sibuk la saya kemas van,panas kan enjin..pastu mak datang dekat..mak nangis(mak mmg hati lembut) mak cakap dia terasa hati,sbb terkejar2 nak balik sampai x nak tido kat umah langsung..mak terus masuk bilik..sambung nangis rasanya..terus terpaku jap..pastu start van..bawak diri g kedai din corner..jasin..dok termenung mcm orang nampak hantu..betol jgk mak cakap..mmg rasa bersalah sgt2..jadi dalam kepala otak nampak kawn 2 orang yang tgh tido lena kat bilik...dgn x pikir panjang,terus tel p.cik drebar..tny kat mana?nak hantar kawn 2 orang ni..so p.cik cakp diorang baru sampai di seremban(110 KM dari rumah) pastu dengan girang hati cakap"pak cik!!tgu saya..saya nak hantar orang..30 minit sampai!!"
tgh kelam kabut,terus cabut naik van pecut kerumah..(lupa bayar makan,tp esok nya g mintak maaf dan bayar) angkat brg diorang dan kejut sambil wat cara suspen "afwan..kita tukar plan B"..kesian..terpinga2 kawan 2 orang ni nek keta..pecut dari jasin ke seremban 140-150 km/jam...
nak dijadikan cerita..malam tu mmg rasa lain sangt..byk sgt kalakatu(sejenis binatang yang ada waktu nak ujan)..macam salji..habis keta..mcm bunyi ujan bila langgar binatang tu(nak cerita bayak x byk benda tu berterbangan)..sambil buat muka slambe..dalam hati risau sgt...ni balasan wat mak menangis ke??dengan minyak yang tahap kritikal dan mcm2 lagi...
11,12 mei 2010.........edisi merajuk tiba (walaupun dah 22 tahun,ttp ada unsur2 ngajuk ngan famili)he2..kat umah..kurung dalam bilik je..2hari//kalu nak makan..kuar syp2..cek apa yang ada kat dapur...ambik makan dalam bilik..dalam 2 hari tu akak hantar msj,abg,adik...suh pujuk mak...hati keras bro...nak tgu mak pujuk jgk..
nak dipendek kan cerita...pagi 12 mei tu..msj mak..ngajuk dalam msj(ayat bdk2 la)..pastu tgk mak tunjuk yg mak sedikit kecewa dgn aku,petang tu...aku tekad nak mintak maaf kat mak(walaupun usha adik2..x nak diorang nampk.)ptg tu tgk mak ada dalam bilik ngah baca buku..aku masuk..tutup pintu..mintak maaf kan mak puas2...mmg aku nangis puas2 depan mak..hati ibu..senang sgt maafkan anak..hebat..ptg tu peluk mak erat2,takut x sempat peluk...
MAK..INSAN PEMAAF....
ingat lagi...waktu kecik2 dulu selalu buat mak menagis..lagi2 waktu arwah ayah meninggal waktu usia 1o tahun..lebih2 lagi waktu sek men..mmg fasa panas baran sgt waktu tu..
tp sikit pun mak x pernah tengking..mak tegur dan mak bagi nasihat..waktu darjah 5..nak kena buat IC..sanggup mak naik bas,,dari sekolah dia..ke sg udang yang terpaksa melalui lebih 30km..2 kali tukar bas..jemput untuk ke jabatan pendaftaran..waktu tu mmg mengamuk sbb mak lambat sampai..erm..waktu tingkatan 1..adik yang yg ke 4 dan ke 5 sek yang sama..jadi dari rumah nak ke sekolah dalam 45km..jadi kami adik beradik terpaksa tgu teksi seawal jam 5.30 pagi..dan bukan kami je tgu..mak pun teman kan..allah,jasa mak..kalaulah boleh kembali pada waktu tu..mmg nak sgt ucap terima kasih byk2 pada mak..
dalam 12 tahun arwah ayah meninggalkan kami..mmg mak melalui mcm2 dugaan..yang saya nampak..tp saya x rasa..mmg mak tgg byk sgt dugaan..karenah kami adik beradik..sedara mara..walaupun gaji mak cecah rm4000.oo sebulan..tp mmg x pernah nampak mak beli barang untuk kehendak dia..jgn kata kan cin cin..kasut yang harga lebih rm12 pun mak x beli sbb pikir kan anak2..selama ni la mak kehulu kehilir untuk anak2 dia..n mak memang seorang yang sangat penyabar..dulu waktu sekolah mmg kami adik beradik kumpul dengar mak bercerita...walaupun saya dah 22 tahun..still suka sgt dgr mak bercerita..kalau mak bercerita kat anak murid @ anak2 sedara yang datang rumah...mmg kita tumpang sekaki la dengar..he2.
sekarang..beberapa anak mak dah mula boleh bantu dan balas jasa mak..kak nis ( kak sulung) yang dulu waktu darjah 5 susah nak membaca..x ambik PMR,sbb sek pndok dah pun habis pengajian ijazah dia dalam bidang syariah.dan menjawat jawatan penting waktu di kolej dia.so bila kerja nanti mmg nak suh dia bagi tajaan pada adik yg no 6 dan no7 le..abang plak(b.umar) yg kerap bergaduh dgn dia waktu kecik,yang sedara mara pernah perlekeh dia sbb sek tahfiz dah sampai tahun akhir dalam ijazah bio-fizik di shah alam..dan saya yang kat sek mmg dpt num 15 terakhir setiap kali exam pun dah tahun akhir..dan dah nampak arah tujuan dan dah bina karier sendiri di negeri melaka insyallah..adik yang ke 4 dah tahun ke2 di uitm,adik yang ke 5 dah nak masuk ipt dan ditaja oleh MARA adik yang ke6 pulak dah makin tunjuk potensi yang baik dan minat yang mendalam dalam bidang agama,,skrg dah tingkatan 3 di tahfiz kelantan(dulu selalu kena buli kat sek sbb dia x da ayah dan pendiam)dan yang bongsu dah masuk tingkatan 1 di sek tahfiz di pahang,dan dah mula jadi Busniesman Jr.kira heabt la dia boleh beli hadiah untuk dengan hasil jualan kerepek dia..insyallah..anak2 mak ni akan balas jasa ibu sebaik yang boleh..mungkin bukan pada material..tp sentiasa ada dekat dengan mak bila mak perlu..(sebab tu beli moto besar..kalau mak tepon suh balik..senang je smpai)he2..
13 mei 2010..jam 6 pagi berangkat pulang ke kedah dgn van arwah ayah..dalm van mmg nangis sorang2 sebb teringt kan mak...sedih wo...byk benda wat silap kat mak...perjalanan selama 11 jam,,sorang2 ..jam 7 malam sampai kedah..terus ke prog yg besar...dan ditaklif untuk jawtan baru..
Bebanan Baru:mulai saat ini..hidp saya makin disibukan degan satu tgg jawab baru..mohon allah memberikan kekuatan..

ini la mak eden...sejuk je wajah mak..wajah ni la yang bertungkus lumus berkorban macam2 untuk kami adik beradik..
dan ini gambar famili..saje2 ambik..kat bawag dari kanan muaz,arip(6th),amin(5th)duduk kat atas husna(4th),hannan(last),mak,dan omar (2st)

p/s: Hargai sesiapa yang berada di sekeliling anda sebelum anda x sempat menghargai nya

Salam imtihan buat semua

0 alu perlu kritikan

Salam imtihan buat semua sahabat2..
Terima kasih kepada semua atas usaha2 bersama..
dan semoga allah merahmati kalian
AMINNN

Dari blog PRES MPMKUIN

0 alu perlu kritikan
http://presidenmpmkuin.blogspot.com/2010/03/sekadar-untuk-memperingati-diri.html

Kenyataan Presiden MPM KUIN

0 alu perlu kritikan
http://presidenmpmkuin.blogspot.com/2010/03/satu-kenyataan-saya.html