SIMURA'10 BAKAL MENCETUS REVOLUSI MINDA SISWA UTARA

0 alu perlu kritikan




"Mahasiswa Islam Utara Memimpin Perubahan Negara" begitulah tema disebalik sebuah program perbincangan halatuju perjuangan mahasiswa peringkat nasional yang dianjurkan oleh gabungan organisasi mahasiswa iaitu PERSADA Kedah, MPM Insaniah, GAMIM Malaysia dan Qiyadah Club.

Program yang diberi nama Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA'10) ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia khususnya wilayah Utara Semenenjung akan kepentingan berdikari dalam membentuk syahsiah mahasiswa disamping berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah.


Program selama 2 hari itu akan menampilkan beberapa tokoh dan bekas aktivis mahasiswa
tanah air diantaranya ialah YB Nasir Zakaria, YB Dato' Mahfuz Omar, Dr. Anhar Opir, Dr. Azmi Abdul Hamid, Tn. Haji Ismail Ahmad, Encik Salmi Anas dan Sdr Dzulkhairi Mohd Noor.

Diantara kertas kerja-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah bertajuk: Masa Depan Politik Kampus: Antara Realiti dan Cabaran, Membentuk Mahasiswa Yang Berdikari Untuk Memacu Ekonomi Masa Depan, Kepimpinan Mahasiswa Islam : Satu Tanggungjawab.


Semua mahasiswa Islam khususnya di wilayah utara semenanjung Malaysia dijemput menyertai program tersebut.

Pendaftaran dan pertanyaan lanjut, sila hubungi
:-
Sdr. Latifah Mohd Nazir : 019-4481792
Sdri. Muaz Zulkifli : 0194327041

Mahasiswa INSANIAH perlu sedar..

0 alu perlu kritikan

Assalamualikum w.b.t
Pertama ucapan syukur kepada allah,atas nikmat iman dan islam,juga tidak lupa selawat dan salm buat nabi muhammad s.a.w,Seterusnya sahabat-sahabt perjuangan yang saya hormati...
Seminggu ini saya terlalu sibuk dengan prog-prog dan aktiviti MPM dan anjuran dari kelab dan persatuan lain,ditambah dengan mesyuarat yang bertindan setiap hari,dan disesak kan lagi dengan tgg jawab sbgai seorang pelajar dan anak...
Sebenar nya saya amat risau dengan kondisi mahasiswa islam sekarang,secara jujur saya nyatakan..kita terlampau sayang untuk meninggalkan "KEADAAN SELESA" ini..sehingga kan kita terikat dengan rantai SELESA..nah,natijah nya..kita takut untuk berubah,kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru..
Hampir 4 bulan saya memegang tampuk sebagai Presiden MPM KUIN,x banyak perkara yang dapat saya mengetengahkan..ttp disebalik itu ada agenda besar yang ingin saya terapkan kepada sahabat2 kampus dalam semestar ini.jika direnung..sudah terlalu banyak prog yang kita anjurkan ,terlalu banyak idea yang kita canang kan untuk memastikan pentadbiran,pelajar,masyarakat setempat melihat KITA bergerak...tetapi bagi saya,hakikat yang sebenar nya...natijah dan kesan dari prog dan akitiviti yang dilaksanakan hanya lah syok sendiri dan melepaskan batuk ditangga...
Jadi,saya menganilisis keadaan ini,dari hari ke hari,bulan ke bulan...jawapan dari masalah ini adalah kita tidak "BERSATU"...Jika kita masih tidak bersatu,fenomena ini akan masih berakar umbi dengan subur dalam mentaliti mahasiswa insaniah..
Justeru..saya mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk kita membuka mata seluas2 nya atas kondisi kita sekarang..kebajikan kita,hak kita..suara kita...jika kita masih berjuang dan bertempiak berseorangan dan hanya disaksikan oleh orang lain..APA KEJADAH NYE?
Jadi,saya mewakili MPM amatlah mengaharapkan agar sahabat2 semua dapat berganding dan menghulurkan bahu untuk sama2 kita mengalas peranan memperjuangkan HAK KITA,SUARA KITA....BERSAMA2...

Abd Muaz bin Abd Aziz
Presiden MPMKUIN

"ragut,bunuh,rogol...."

0 alu perlu kritikan

Mari memupuk pengetahuan dan kesedaran.

Rakyat diketepikan,pencapaian tertinggal..

0 alu perlu kritikan
Nasi bungkus untuk kursus guru

Peruntukan dicatu jejas usaha memartabatkan taraf profesionalisme pendidik

KUALA LUMPUR: Guru menghadiri kursus atau latihan di bawah anjuran Jabatan Pelajaran negeri selama ini menikmati hidangan bufet ketika rehat dan makan tengah hari, boleh melupakan amalan itu apabila kini hanya disediakan nasi bungkus dan air mineral untuk makan tengah hari dan sepotong kuih dengan air teh atau kopi untuk minum pagi dan petang.

Difahamkan, untuk seharian kursus tanpa bermalam, peruntukan untuk makanan hanya RM4 sehari.

Sambil mengakui kebenaran itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga mendedahkan Kementerian Pelajaran sudah mengurangkan peruntukan untuk kos latihan dan kursus guru, selain tiada lagi peruntukan untuk aktiviti sekolah dan majlis seperti sambutan Hari Guru.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata beliau sedih dengan perkembangan itu yang pastinya akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran pelajar di sekolah.

"Kami menerima banyak aduan daripada guru yang menghadiri kursus dengan mendakwa dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang, manakala nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari.

"Keadaan ini menyedihkan, sedangkan kursus dihadiri itu adalah untuk menaik taraf profesionalisme guru," katanya dihubungi semalam.

Beliau berkata, sambutan Hari Guru yang bakal diadakan di Pahang, Mei ini juga tidak disediakan peruntukan dan NUTP tidak tahu bagaimana majlis berkenaan dapat dilangsungkan.

Katanya, Kementerian Pelajaran perlu memandang serius masalah berkenaan dan membuat penyelarasan peruntukan dengan betul supaya dapat digunakan sebaiknya atau setidak-tidaknya dikekalkan seperti pada tahun-tahun sebelumnya.

"Saya akur perlu ada langkah penjimatan, namun, janganlah sampai ke tahap sekarang yang mana peruntukan menghadiri kursus terpaksa dicatu," katanya.
0 alu perlu kritikan
Persada terima bungkusan hina Anwar

ALOR SETAR- Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 10.30 pagi semalam selepas menerima bungkusan yang menghina Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lalu.

Timbalan Presiden Persada, Ammar Badruddin Romli diiringi Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Insaniah,Abd Muaz Aziz., bungkusan yang dihantar ke pejabat Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah, di sini, mengandungi buku menghina Anwar selain a risalah dan cakera padat yang berunsur perkauman dan fitnah.

Menurutnya, buku menghina Anwar itu bertajuk ‘50 kemusykilan tentang manusia bernama Anwar Ibrahim’ dan risalah lain dianggap sebagai perbuatan terkutuk pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menabur fitnah selain bertujuan memecah belah perpaduan kaum di negara ini.

“Perbuatan ini berunsur provokasi yang boleh mencemar dan memecah belah perpaduan kaum sehingga boleh menjejas keharmonian dan kesejahteraan negara.

“Saya yakin perbuatan ini dilakukan oleh individu mahupun kumpulan yang mempunyai agenda tersendiri bagi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis, di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Persada, Hafizuddin Hairudin berkata, tindakan membuat laporan polis itu dibuat selepas pihaknya berbincang dengan semua kepimpinan Persada selain mendapat nasihat perundangan daripada yang lebih berpengalaman dalam hal ini.

Menurutnya, ini adalah kali pertama hal yang seumpama ini melibatkan Persada selain tidak menolak kemungkina ia dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan politik.

“Kemungkinan ia dilakukan oleh sekumpulan individu yang ditaja kerana kos sebuah buku dan risalah yang diterima juga memerlukan modal yang banyak.

“Justeru, kepimpinan Persada berharap pihak polis dapat menyiasat kes ini supaya ia tidak berulang lagi,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan itu yang dibuat di IPD Kota Setar pagi semalam.

“Laporan telah diterima dan siasatan lanjut bagi kes ini akan dilakukan,”katanya.

sila klik...

0 alu perlu kritikan
http://presidenmpmkuin.blogspot.com

Ayuh memahami nya...

0 alu perlu kritikan

Tarikh:28 Januari 2010
Tempat:Masjid Sultanah Bahiyah Alor Star.
Anjuran:MPMKUIN,PERSADA,GAMIM,Qiyadah Club KUIN


"Memahami konsep penggunaan nama allah daripada pandangan sisi islam,perundangan dan Umum..Sama ada perlu atau tidak dibenarkan penggunaan agama Allah oleh agama lain..
Ayuh memahami isu ini dan menjadi duta pada Agama Allah untuk menyampaikan maklumat yang betol kepada semua masyarakat setempat.Aminn."

Abd Muaz Aziz,Presiden MPMKUIN