Makluman kpd semua Mahasiswa INSANIAH

MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


BAGI MENYELESAIKAN MASALAH YANG MENIMPA MAHASISWA BERKAITAN BEBERAPA ISU SEPANJANG TEMPOH PENDAFTARAN SEMESTER KALI INI, PIHAK MPM TELAH MENGADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA PIHAK JABATAN BENDAHARI DAN JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK (HEA).

BERIKUT ADALAH BEBERAPA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT SELEPAS PERBINCANGAN TERSEBUT:

1) TEMPOH PENDAFTARAN SEMESTER DITAMBAH SEMINGGU LAGI SEHINGGA HARI KHAMIS 31 DISEMBER 2009.

2) PELAJAR YANG TIDAK MAMPU MEMBAYAR YURAN PENDAFTARAN SEMESTER SEBANYAK RM 500.00 DIBENARKAN UNTUK MENGURANGKAN BAYARAN TERSEBUT DENGAN CARA MENGISI BORANG YANG AKAN DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENTADBIRAN SEPANJANG TEMPOH DAFTAR SEMESTER INI.

3) SISTEM PENDAFTARAN, KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (CGPA) DAN PEMBAYARAN YURAN SECARA ONLINE AKAN DIPERBAIKI SECARA BERPERINGKAT PADA MASA DEPAN BAGI MENGATASI PERMASALAHAN YANG BERLAKU.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI EXCO KEBAJIKAN MPM,
SDR. MOHD ZHAFRI (B.A 2) DI TALIAN 019-2851419

……..TERIMA KASIH……...

LAMPIRAN ISU YANG DIBANGKITKAN

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Akademik,
Kolej Universiti Insaniah.

Tuan,

MEMOHON UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP PERMASALAHAN YANG BERBANGKIT

Sehubungan dengan perkara di atas, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) memohon agar pihak Hal Ehwal Akademik dapat memanjangkan lagi tempoh masa pendaftaran kursus kepada dua minggu. Seperti kebiasaan, masalah yang berlaku di setiap awal pendaftaran semester masih tiada penghujungnya. Berbagai masalah lama dan baru yang berbangkit.

2. MPM memohon pihak tuan menimbangkan dengan kenaikan 50% daripada had asal yuran telah menyukarkan sesetengah pelajar memandangkan jumlah tersebut terlalu tinggi dan jelas membebankan sebahagian mahasiswa yang kurang berkemampuan.

3. Selain itu, masalah karenah birokrasi timbul apabila wujud satu system pendaftaran yang baru yang memerlukan pelajar merujuk kepada banyak pihak untuk mendapatkan cop pengesahan yang mana ianya jelas menyukarkan pelajar untuk mempercepatkan proses pendaftaran semester.

4. Pihak kami juga menerima banyak aduan mahasiswa yang menyatakan kegagalan staf jabatan tuan dan pejabat dekan-dekan kulliyyah untuk menjelaskan alasan kukuh perkara tersebut serta berkaitan kaedah-kaedah pemotongan wang PTPTN untuk pembayaran yuran pengajian untuk pelajar baru.

5. Selain itu juga, turut menjadi permasalahan di pihak pelajar apabila keputusan peperiksaan tidak lagi dikeluarkan secara bercetak tetapi hanya dikeluarkan di dalam talian on-line yg mana ianya membantutkan proses untuk mempercepatkan pendaftaran pelajar disebabkan masalah system server yang lambat. Wujud juga masalah lain seperti keputusan CGPA yang bertukar-tukar dan kesilapan memasukkan data pemarkahan yang mana ianya perlu diperbetulkan.

5. Justeru itu, MPM berharap tuan dapat menimbang kewajaran permintaan kami disamping berusaha meningkatkan tahap kecekapan pengurusan kaunter serta mengkaji semula sistem pendaftaran semester secara online yang baru diperkenalkan kerana jelas tidak dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dikalangan mahasiswa.

Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya dan segala kerjasama pihak tuan saya sudahi dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,


……………………………………………….
(ABDUL MU’AZ B. ABDUL AZIZ)
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Insaniah.

S.k
1. Rektor
2. Timbalan Rektor
3. Pendaftar
4. Dekan & Pengarah HEP

0 alu perlu kritikan:

Post a Comment