DI MANA IDEALISME PERJUANGAN MAHASISWA


Universiti adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk melahirkan ramai tokah mayarakat pada masa akan datang.tidak ketinggalan ia juga diibaratkan seperti kilang yang akan melahirkan generasi pemimpin bertamadun yang bakal menentukan corak dan hala tuju masyarakat dan negara.Namun,masih terdapat kekeliruan tentang apakah sebenarnya fungsi sesebuah univeriti.Apakah sekadar melahirkan profesional yang hanya mengejar pekerjaan?Atau hanya melahirkan graduan yang ingkar upaya dan pentingkan diri untuk bersma masyarakat?Atau hanya melahirkan generasi cerdik pandai tetapi mungkar pada bakti?

Menurut Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud,bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara,kita perlu banyak melabur dalm pendidikan insan.Pembangunan yang terbaik bagi sesuatu bangsa bukan hanya banyak melahirkan graduan universiti,tetapi kualiti insan yang dilahirkan oleh universiti.Kualiti itu terbit bila mana mahasiswa itu berpaganag kepada suatu prinsip dan idealisme yang fundamental dalam setiap kegiatan.

Namun persoalannya,sejauh manakah kemampuan mahasiswa itu sendiri untuk brsedia menggarap idealisme perjuangan yang benar-benar tulen untuk menjadi penyumbang utama.

Justeru ana amat mengharapkan idea,cadangan tentang modul dan konsep pembinaan mahasiswa yang lebih berfungsi dari antum sekalian..
"Bersama Menjulang Thaqafah,Menuntut Amal,Mencetus Perubahan"
"To You,For You.."

0 alu perlu kritikan:

Post a Comment